POLITICS
assalamualaikum.kali ni nk share sikit pasal politik. First of all anda tahu apa itu politik?
Ramai orang xsuka berpolitik tapi xkurang jugak ada yg kuat politik. Xkira student or lecturer or even jurutol pon ada yang kuat politik.
Manusia boleh bergaduh even sampai berbunuhan sebab berbeza pandangan politik. Negara kita Malaysia pernah mengalami peristiwa hitam ni... JANGANLAH ANDA SEMUA LUPA.
Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa rusuhan kaum yang terjadi akibat kurangnya sikap hormat dalam masyarakat pada ketika itu.
Salah siapa? Tanyalah diri anda sendiri.
POLITIK DI MALAYSIA
Ramai yang berpendapat politik di malaysia itu kotor. bagi aku semua orang xperfect coz kita sekadar manusia biasa yang punyai kesilapan....
Berkenaan dengan PRU 13 yang semakin dekat ni, semua pasti xsabar2 nk undi, jadi sebelum anda memilih sesuatu berfikirlah masak2 sebab kalau anda tersalah memilih, buruk padahnya. Sb nak bina satu negara tu bukan senang, nak hancurkan senang jeh.
siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU13?
Barisan Nasional telah memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat selama lebih 55 tahun. Banyak konflik yang dikaitkan dengan BN oleh pembangkang.Bermacam2 isu yang buat kita pening kepala. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. One thing, jgn nafikan kemajuan yang telah dibawa BN kepada diri anda :)
Pakatan Rakyat yang menonjol sekarang dengan belmacam isu juga. Pakatan rakyat juga memegang beberapa pemerintahan kerajaan negeri seperti di Selangor, Kedah, Kelantan dll.Adakah mereka boleh memberi suatu anjakan paradigma kepada negara Malaysia ataupun sebaliknya? Hanya Allah Maha Mengetahui.
Tokoh politik Malaysia yang telah terlibat selama hampir 67 tahun dalam dunia politik Malaysia. Jangan dinafikan kemajuan yang telah beliau bawa. Yang penting, beliau mmg smart n aku mmg admire Tun M.
Dato' Sri Najib Tun Abd Razak. PM Malaysia masa kini.
Gabungan pemimpin Pakatan Rakyat.
Parti UMNO
Parti PAS
Bagi aku, aku sayang akan bangsa aku sendiri. Aku xsanggup tgok sesama bangsa sendiri bergaduh. Bersatulah wahai Melayu kerana musuh kita yang nyata adalah musuh2 Allah. Janganlah sesama UMNO dan PAS bergaduh kerana kita sesama Islam. Sedihnya rasa bila bergaduh dan bertikam sesama bangsa sendiri. Janganlah kita lupa akan peristiwa2 hitam dahulu.
Mcm ini kan bagus :)
Terpulang lah kepada anda semua nak kata apa sebab lain orang lain pendapat, lain prinsip.
Cuma satu je, bersatulah kita sesama umat islam. Bersujud pada Tuhan yang satu yakni Allah S.W.T
Bersatu padulah kita sesama rakyat Malaysia. Hidup harmoni n aman damai. Coz thats our culture. Baik Melayu, India mahupun Cina, kita semua rakyat malaysia. Hidup aman damai saling membantu. Kerana mana2 agama pun menyuruh umatnya berbuat kebaikan.
Kita hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia perlu amalkan prinsip "Bagai aur dengan tebing"
AKHIR KATA MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.HEHEH
iqram, kamu msh ingat aku, siska
BalasHapusnow, i knew about our culture differences,
bukan karna tulisan ini, tp krna kunjungan aku k KL bbrapa minggu yg lalu,aseek
i'm sorry for everything, tq so much, and good luck :)